Thursday 28 July 2016

CARA MENGHINDARKAN DIRI DARIPADA MENGALAMI MASALAH BESAR


Siapa yang cakap tiada siapa yang boleh menghindarkan diri daripada mengalami masalah?? Saya sangat bersetuju.. masalah tidak dapat dihindarkan dalam hidup kita tetapi masalah dapat diselesaikan dengan  cara yang baik. Mengapa perlu besarkan masalah yang kecil? Mengapa perlu mencari masalah yang tiada? Jadi cara yang paling baik untuk menghindarkan diri daripada mengalami masalah yang besar ialah....



1.    JANGAN BERKATA APA-APA ( CUBA DIAMKAN DIRI SEBANYAK YANG MUNGKIN DAN JAUHKAN DIRI DARIPADA ORANG RAMAI) CARI TEMPAT TEMPAT YANG MENENANGKAN JIWA SEPERTI TEPI PANTAI, TEPI SUNGAI DAN MASJID/GEREJA/KUIL.



2.    JAUHKAN DIRI DARIPADA ORANG2 YANG NEGETIF IAITU ORANG2 YANG SUKA MENGUMPAT, SUKA BERCAKAP KASAR DAN ORANG2 YANG TIDAK MEMBERI FAEDAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH ANDA.


3.    CUBA BANYAKKAN BERSABAR DAN JANGAN MEMBALAS KATA. APABILA SESEORANG MENYAKITKAN HATI ANDA PASTIKAN ANDA TIDAK TERUS BERPRASANGKA BURUK PADA DIA. AKTIFKN AURA POSITIF ANDA DENGAN BERFIKIR BENDA2 YANG BAIK KERANA ORANG2 YANG MENYAKITKAN HATI ANDA MEMPUNYAI AURA NEGETIF YANG CUKUP KUAT DAN ANDA TIDAK PERLU MEMBALAS AURA NEGETIF KERANA AKAN MEMBERI KESAN YANG TIDAK BAIK KEPADA KEDUA2NYA..


4.    APABILA MENGALAMI MASALAH CUBA SENYUM SEBANYAK YANG MUNGKIN WALAUPUN DALAM KEADAAN YANG TERPAKSA.


5.    BANYAKKAN BERDOA SUPAYA MEMPUNYAI HATI YANG BAIK DAN LEMBUT.


6.    BELAJAR MEMAAFKAN ORANG LAIN KERANA FADILAT DAN MANFAATNYA CUKUP BESAR DAN ANDA SENDIRI YANG AKAN BERASA NIKMAT DAN GEMBIRA.


7.    LUPAKAN HAL YANG TELAH BERLAKU DAN BIARKAN MASA BERLALU UNTUK MENGUBATNYA.


8.    PASTKAN HARI2 YANG MENDATANG LEBIH BAIK DARIPADA HARI YANG SEMALAM.

9.    ATUR DAN RANCANG PERJALANAN HIDUP ANDA UNTUK DIMASA AKAN DATANG DENGAN LEBIH BAIK, TERATUR DAN BERKUALITI.


AKHIR SEKALI SEMOGA BLOG INI MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA PEMBACA YANG MEMPUNYAI MASALAH MAHUPUN SEDANG RUNSING DI LANDA MUSIBAH...

Friday 15 July 2016

CIRI CIRI ORANG YANG AKAN BERJAYA

Kita semua sering mendengar sahabat kita menceritakan tentang kejayaaan saudara atau rakan-rakan mereka yang berjaya. Kebanyakan kejayaan mereka diukur dari harta benda dan kemewahan yang mereka miliki. Ini kerana pada pandangan mereka mengatakan sekiranya seseorang mampu memiliki kereta besar, rumah besar dikategorikan sebagai orang yang berjaya. Tetapi ada sesetengah orang pula mengatakan anak yang soleh,anak yang membesar dalam ilmu yang cukup, bini yang taat juga dikategorikan sebagai orang yang berjaya. Walau apa pun pandangan itu, mereka tetap dikategorikan sebagai orang yang berjaya.

Tetapi bagaimana pula untuk berjaya? Pernahkah anda terfikir bagaimana mereka boleh berjaya? Ada yang berjaya walaupun tidak pernah menunaikan tanggungjawab kepada Tuhan dan ada pula yang berjaya dengan menunaikan tanggungjawab kepada masyarakat dan Tuhan. Ini adalah semua kuasa Tuhan kerana iaNya penentu segalanya bagi rezeki kita selama ini.

Antara Ciri Orang Yang Berjaya:
1. Mempunyai Matlamat Hidup / Cita-Cita – Seperti mahu membeli rumah, mahu bebas hutang,mahu anak-anak berjaya, mahu menjadi kaya sebelum umur 35 tahun.
2. Mempunyai Disiplin – Disiplin ini bermaksud seperti ketepatan waktu, tegas, mampu membuat keputusan. Orang yang berjaya mempunyai jam biologi 4-5 jam sahaja waktu tidur. Ini kerana waktu tidur yang lama sehingga ke tengahari akan melembapkan Otak dan menutup pintu rezeki.

3. Mempunyai idea- Idea bermaksud akal fikiran atau logikal dalam membuat keputusan. Tidak semata-mata mengharapkan idea dari orang lain untuk melakukan kerja.
4.Mempunyai Jati Diri- Jati diri ialah sejauh mana ketahanan untuk hidup untuk mengharungi liku-liku kehidupan. Lihat sahaja Lim Goh Tong,Boon Siew, Syed Mokhtar, Rober Kuok,Daim Zainuddin dan usahawan yang lain. Mereka semua tidak pernah patah semangat untuk berjaya walaupun banyak kekurangan.

5.Belajar untuk memberi semula-Kejayaan kita juga diukur dari segi keberkatan rezeki yang kita dapat, sejauh mana anda mampu untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan anda. Ini kerana di dalam Islam menyuruh kita berZakat kerana ianya dapat menyucikan harta kita. Kita harus percaya bahawa rezeki datang dariNya dan bukan dari manusia.


6. Bijak mengambil peluang- Peluang dari segi pasaran saham,pasaran rumah,perniagaan.


7. Orang yang berjaya sentiasa mencari jalan memperbaiki diri.Peter Drucker, professor ilmu pengurusan di Amerika ada berkata: “Pengurus yang berjaya sentiasa bertanya kepada dirinya apakah yang boleh ia buat, bukan apa yang orang lain patut buat”. Dengan sikap seperti ini, tiap-tiap orang boleh berjaya malah dapat pula membawa kejayaan kepada penghidupan diri, keluarga dan masyarakatnya. Dengan bersikap positif, tenaga yang biasa digunakan untuk mengecam, memaki hamun, dan memarah-marah itu dapat digunakan untuk perkara-perkara membina.Dengan bersikap positif, seseorang itu akan mencari jalan untuk membaiki kehidupannya. Bukannya berharap kepada orang lain untuk membaiki kehidupannya. Orang yang positif bertanggungjawab kepada dirinya sendiri – berdikari.


8.Hormat Menghormati- Seorang anak harus menghormati ibubapanya tidak atau mertuanya. Kerana keberkatan rezeki tidak akan dapat walau sekuat mana pun kita berusaha. Rezeki yang diterima mungkin melimpah ruah,tetapi mungkin sekejap sahaja. Ini lah faktor dimana saya melihat banyak rakan-rakan saya tidak berjaya sehingga hari ini. Doa ibubapa merupakan doa yang tiada halangan kerana ianya dinaikkan terus ke Allah.


9. Tawakkal – Berserah kepada Tuhan dalam menemu kejayaan. Ini adalah kemestian yang perlu ada di dalam umat Islam untuk mencari kejayaan. Segala yang dilakukan perlu mempunyai tawakkal kerana kita telah melakukan yang terbaik dan hanya kepadaNya kita mengharapkan keberkatan rezeki itu.